Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sabtu, 7 Ogos 2010

JOHAN PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN
KATEGORI KELAB & PERSATUAN

DIMENANGI OLEH KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

TAHNIAH DIUCAPKAN.....



Jumaat, 6 Ogos 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM

31 Julai 2010 (Sabtu)

Karnival Kokurikulum telah melabuhkan tirainya pada hari Sabtu 31 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya Pertandingan Kawat Kaki Unit Beruniform, Sukaneka antara tingkatan, Pertandingan memasang khemah, Pertandingan Memasak Survival, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Padan Kenyataan , Jualan Makanan dan Minuman oleh Kelab/Persatuan.
    Semua pelajar telah mengambil bahagian dengan jayanya. Begitu juga dengan ahli-ahli Kelab Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber yang tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan pada hari tersebut. Masing-masing menunjukkan bakat keusahawanan dalam menghabiskan barangan jualan mereka.

Pengawas Pusat Sumber yang sedang menyiapkan sushi......selain sushi mereka juga menjual air soya, air soya cincau, air cincau, sandwish dan gula-gula. Sushi mereka mendapat sambutan ramai.
Di atas ini adalah gambar ahli Kelab Pusat Sumber sedang melayan pelanggan. Mereka menjual puff sardin, donut coklat, rojak stik, strawberi coklat, jeli kelapa dan sosej bakar.


Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH ~ 17 Mei 2010 (ISNIN)

Nyanyian lagu Guru Malaysia
Guru2 sdg dgr taklimat explorace di dwn mkn asrama 
Antara aktiviti explorace
SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2010

Selasa, 11 Mei 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA
PERINGKAT SEKOLAH
26 APRIL 2010 ~ ISNIN


Khamis, 22 April 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Latar Belakang & Rasional


 
Sejak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day). Setiap tahun, lebih daripada 100 buah Negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan, perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

 
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) turut menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2009 agar disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Oleh yang demikian, sekolah digalakkan mengadakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Antara aktiviti lain yang boleh dirancang di peringkat sekolah, termasuklah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dan perbukuan bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di seluruh Negara.

 

 

 
Objektif

 
~Meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat sekolah

~Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

~Memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-akiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

~Memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengenali penulis-penulis buku yang tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.

 
Ketika penilaian sedang dijalankan oleh Cik Sopiah Said (PK HEM), Pn Faridah Mohd Kasim (Ketua Bidang Sains & Matematik) dan Pn Hjh Salina Senawi (Ketua Bidang Kemanusiaan)


Penyampaian hadiah kepada para pemenang pada perhimpunan mingguan



Tahniah kepada kumpulan yang telah berjaya

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN SUDUT PSS

Keputusan Pertandingan Keceriaan Sudut & Meja Maklumat PSS

Kategori : Sudut-sudut

Tempat pertama : Sudut Permainan Dalaman & Permainan Tradisional
Tempat kedua      : Sudut Pameran Buku Baru
Tempat ketiga      : Sudut Nilam

Kategori : Meja Maklumat

Tempat pertama  : Perayaan-perayaan di Malaysia
Tempat kedua       : Pakaian dan busana tradisional
Tempat ketiga       : Alat Muzik dan Tarian tradisional

Tahniah kepada kumpulan yang menang.....semoga kita dapat mengekalkan keceriaan sudut-sudut dan meja maklumat ini bersama-sama dan menghargai hasil usaha rakan-rakan kita yang telah bersusah payah menceriakannya...