Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Khamis, 11 September 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJILPELAJARAN MALAYSIA(SPM)

Peperiksaan ini telah dijalankan pada  25 Ogos hingga 11 September 2014 di dewan utama SMK Seri Nibong.Semua pelajar tingakatan lima menghadapi peperiksaan ini dengan tenang.

trialspm2014 
Pelajar sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM

Diharapkan semua pelajar tingkatan lima akan memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaan SPM ini.Semoga kalian terus berusaha bagi menempuh peperiksaan SPM yang sebenar tidak lama lagi.Diharapkan pelajar tingkatan lima dapat meningkatkan pencapaian sekolah dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUSKAN BERUSAHA 

HARI RAYA AIDILIFITRi

Sambutan ini telah diadakan sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang.Sambutan ini diadakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Julai 2014.

Hari_Raya 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 Sambutan ini diadakan di dewan utama SMK Seri Nibong.Pelajar-pelajar SMK Seri Nibong dibenarkan memakai pakaian hari raya.Semua pelajar SMK Seri Nibong kelihatan berseri-seri apabila memakai pakaian yang serba indah dan berwarna-warni.Tidak kurang dengan guru-guru SMK Seri Nibong yang berseri-seri mengenakan pakaian masing-masing.

Isnin, 21 April 2014

JOM BACA BERSAMA

Salam Sejahtera,

Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April saban tahun, 
pada tahun ini Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT seluruh Malaysia akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi.

      Justeru itu, marilah kita bersama-sama menjayakan Program yang bermanfaat ini, agar minat membaca akan terus sebati dalam diri kita.

      Program ini akan berlangsung di SMK Seri Nibong, serentak di seluruh Malaysia pada 22 April 2014 pada jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi. Para pelajar akan diberi taklimat mulai jam 9.45 pagi melalui PA Sistem sekolah dan bersedia dengan bahan bacaan masing-masing. Tepat jam 10.00 pagi program akan bermula dan berakhir pada jam 10.10 pagi.

        Di harapkan kita semua mampu menjayakan program ini sebaik mungkin.