Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

PROGRAM NILAM

Apa itu NILAM?
       Nilam adalah singkatan NADI ILMU AMALAN MEMBACA. Program ini merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan suatu pendekatan menyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar. Program ini merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwajibkan kepada semua pelajar mulai tahun 1999 hingga sekarang melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat NILAM
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

Objektif NILAM
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Menjadikan pelajar suka membaca.

Pelaksanaan Program NILAM terbahagi kepada :-
1.     Tahap Jauhari
2.     Tahap Rakan Pembaca





TAHAP JAUHARI
Semua pelajar  yang telah menguasai kemahiran asas membaca diwajibkan mengikuti aktiviti membaca dan mencapai tahap pembacaan seperti berikut:-

PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI
Jumlah buku dibaca
Sekolah Menengah
Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 – 215
Perak
216 – 287
Emas
288 ke atas
Nilam

TAHAP RAKAN PEMBACA
·        Pelajar yang telah membaca 100 buah buku pada Tahap Jauhari.
·        Pembentukan Kumpulan Rakan Pembaca ~ satu kumpulan 10 orang ahli.
·        Pelajar menjalankan aktiviti Rakan Pembaca seperti bercerita, membaca bersama, bicara buku, lakonan, forum dan pinjamkan buku.

PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN TAHAP RAKAN PEMBACA

Markah yang dikumpul
Pengiktirafan
100 – 199 markah
Sijil Gangsa
200 – 299 markah
Sijil Perak
300 – 399 markah
Sijil Emas
400 markah & ke atas
Sijil Nilam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan