Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Khamis, 22 April 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Latar Belakang & Rasional


 
Sejak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day). Setiap tahun, lebih daripada 100 buah Negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan, perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

 
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) turut menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2009 agar disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Oleh yang demikian, sekolah digalakkan mengadakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Antara aktiviti lain yang boleh dirancang di peringkat sekolah, termasuklah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dan perbukuan bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di seluruh Negara.

 

 

 
Objektif

 
~Meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat sekolah

~Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

~Memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-akiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

~Memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengenali penulis-penulis buku yang tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan