Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sabtu, 2 November 2013

Majlis Penghargaan & Jamuan Akhir Tahun
1 November 2013































Terima kasih kepada semua yang sudi hadir meluangkan masa dan menjayakan Majlis Penghargaan & Jamuan Akhir Tahun 2013.
         

Ahad, 15 September 2013

Calon SPM boleh layari laman www.bumigemilang.com untuk dapatkan koleksi soalan percubaan SPM 2013

Ahad, 4 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI

Bulan Ramadhan 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Semoga kita tidak mensia-siakan Ramadhan kali ini. Pihak sekolah juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seiring dengan bulan yang lebih kita kenali sebagai bulan beribadah. 
       Setiap awal pagi kita dihidangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui sistem PA sekolah. Waktu rehat pula dipenuhi dengan aktiviti bertadarus Al-Quran. Guru-guru juga mengambil bahagian dalam aktiviti bertadarus ini. Tidak ketinggalan juga, solat du'ha dijalankan pada waktu mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, "Remaja Raikan Ramadhan" pula merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan kepada pelajar-pelajar asrama.
       Ifftar Jama'i bersama warga emas, guru-guru dan juga pelajar asrama telah berlangsung pada 1 Ogos 2013. Manakala majlis penutupan Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 2 Ogos 2013 seiring dengan Majlis Khatam Quran dan Majlis Bersalaman Aidil Fitri. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



 Pegawai PPD Seberang Perai Selatan yang turut hadir Majlis Berbuka Puasa


 Warga emas yang turut hadir dalam Majlis Ifftar Jama'i


 Pelajar asrama menerima duit raya
 Majlis Khatam Al-Quran

 Persembahan Sketsa Raya & Lagu Raya
 Persembahan nyanyian 'I am For You' daripada pelajar Pendidikan Moral
 Door gift dari pihak sekolah untu semua pelajar
 Pemenang menerima hadiah dari pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Takbir Raya, Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya,dan banyak lagi.
 Para pelajar bersalaman dengan tuan pengetua dan guru-guru.



Selasa, 16 Julai 2013

MINGGU SAINS & MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH 2013

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK KERANA BERJAYA MENGANJURKAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK YANG MEMUATKAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK. ANTARANYA IALAH:-

PAMERAN :-
1. COLOUR CHANGED MILK
2. ELEPHANT TOOTHPASTE
3. ELECTROPLANTING OF METALS
4. Ph
5. SEL BUAH
6. UJIAN KE ATAS KATION
7. PENAMPAIAN DAN PENGESTERAN
8. EKSPERIMEN KALIS API
9. BMI
10. WALKING ON WATER
11. SPINNING WHEEL
12. OBSERVE EGG'S PORES
13. BOUNCING EGG'S
14. HOT ICE
15. BUBBLES
16. GULA PELANGI
17. GENIE IN THE BOTTLE
18. MATH GAMES
19. TRY IF YOU CAN!
20. REKREASI MATEMATIK
21. SPEKTRUM WARNA
22. WATER ROCET
23. ROBOTIC
KUIZ SAINS DAN MATEMATIK (SETIAP PAGI SELASA,RABU, KHAMIS DAN JUMAAT) 


Pameran Sains dan Matematik 2013
18 Julai 2013
7.30 pagi hingga 1.50 petang