Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Jumaat, 6 Ogos 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM

31 Julai 2010 (Sabtu)

Karnival Kokurikulum telah melabuhkan tirainya pada hari Sabtu 31 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya Pertandingan Kawat Kaki Unit Beruniform, Sukaneka antara tingkatan, Pertandingan memasang khemah, Pertandingan Memasak Survival, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Padan Kenyataan , Jualan Makanan dan Minuman oleh Kelab/Persatuan.
    Semua pelajar telah mengambil bahagian dengan jayanya. Begitu juga dengan ahli-ahli Kelab Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber yang tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan pada hari tersebut. Masing-masing menunjukkan bakat keusahawanan dalam menghabiskan barangan jualan mereka.

Pengawas Pusat Sumber yang sedang menyiapkan sushi......selain sushi mereka juga menjual air soya, air soya cincau, air cincau, sandwish dan gula-gula. Sushi mereka mendapat sambutan ramai.
Di atas ini adalah gambar ahli Kelab Pusat Sumber sedang melayan pelanggan. Mereka menjual puff sardin, donut coklat, rojak stik, strawberi coklat, jeli kelapa dan sosej bakar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan