Berpuasa di bulan Ramadan adalah antara rukun Islam yang ke lima. Ibadah ini telah disyariatkan oleh Allah swt pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah dengan turunnya firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-5 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman , puasa itu telah diwajibkan kepada umat-umat sebalum kamu agar kamu bertakwa". 2:183.
Kebaikan puasa dari sudut kesihatan:-
1. Memberi rehat pada sistem pencernaan dan penghadaman. Proses penghadaman dan pencernaan makanan bermula daripada mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil dan sebahagian usus besar.Proses dan organ-organ terlibat adalah sebuah kilang pemprosesan yang sangat unik, kompleks, sangat berkesan dan ampuh. Kilang ini perlu di servis jika ingin memastikan perjalanannya lancar. Itulah fungsi puasa di mana organ dan proses penghadaman dan pencernaan diberhentikan untuk sementara waktu supaya dapat di servis.
2. Ketika proses pencernaan berlaku, banyak pengaliran darah berlaku pada perut dan usus kecil. Keadaan ini menyebabkan otak menjadi malas untuk berfikir dan tubuh letih dan mengantuk kerana pengaliran darah yang agak kurang pada bahagian ini. Oleh itu jika seseorang makan hingga terlalu kenyang, selalunya akan berasa mengantuk dan malas untuk bergerak. Semasa berpuasa pengaliran darah ditumpukan kepada otak dan ini menyababkan otak dapat bekerja dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa berpuasa memberi kesan yang sangat baik terhadap tahap kecerdasan seseorang.
3. Puasa juga boleh mengawal pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kadar gula dan lipid (lemak) yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi dan obesiti. Kebanyakkan masalah yang dikenal pasti oleh dunia perubatan sekarang adalah brkait rapat dengan masalah di atas. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Puasa adalah pelindung". Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa.
4. Puasa boleh menghilangkan ketagihan merokok jika perokok mempunyai keinginan untuk berhenti.
5. Puasajuga memberi kesan yang sangat baik pada jiwa selain pada tubuh badan kita. Antara tujuan berpuasa ialah agar manusia menjadi orang yang bertaqwa. "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" Al-Hujurat: 13. Berkata Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah:" Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah".
6. Terdapat solat tarawih pada Ramadan. Kajian menujukkan bahawa solat tarawih ini boleh mengurangkan kadar gula dalam badan dengan berkesan seperti melakukan senaman. Menurut kajian Dr. Yusof Abbas, pegerakan dalam solat seperti mengangkat takbir, rukuk, sujud dan duduk memberi kesan yang sangat positif kepada kesihatan (buku Bio_Mekanik Solat.)
Dipetik dari : Majalah Jelita Julai 2013 (m.s.: 150)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan