sedar tak sedar, kita telah melangkau ke bulan Mac, banyak aktiviti yang bakal dijalankan di SMK Seri Nibong bersempena minggu bahasa peringkat sekolah dan pesta pantun peringkat daerah SPS pada 4-9 mac ini. pusat sumber sekolah juga bakal dinilai pada 8 mac untuk pertandingan peringkat daerah. Namun tidak dilupakan oleh para pelajar iaitu ujian prestasi 1 yang bakal diadakan pada minggu berikutnya. sesetengah pelajar nampaknya mula membuat persediaan awal untuk menduduki ujian tetapi ada yang mula tertekan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan. takut-takut tidak sempat belajar.... Jangan risau sebab berikut adalah tip-tips persiapan menghadapi peperiksaan:
1) sebelum peperiksaan (seminggu/ 3 hari) :
a. elakkan berfikiran karut
b. berdoa selalu
c. fikir positif
d. pohon restu ibubapa
c. visualisasi hadapi peperiksaan (lakukan sekali sehari)
2) pagi peperiksaan
i. persiapan minda
a. visualisasi hadapi peperiksaan
b. solat subuh.
c. bertawakal/bertenang
d. elakkan berbual hal-hal negatif tetapi bualkan perkara yang positif dan meningkatkan
keyakinan diri
e. salam ibubapa
ii. persiapan diri
a. berpakaian kemas
b. makan makanan yang tidak berminyak
c. ulangkaji kertas hari berikut itu secara pantas (fast revision)
d. lupakan kertas yang telah selesai
e. lawat tandas
3. semasa peperiksaan
a. berdoa
b. visualisasi boleh menjawab (10 saat)
c. bila boleh menjawab dengan baik, lafazkan "alhamdulillah/bagus" dan jawablah soalan
yang berikutnya
d. bila tak boleh menjawab, katakan "insyaallah sekejap lagi aku ingat": serta berselawatlah
dan jawablah soalan yang berikutnya dahulu
tip-tips sumbangan,
Ust Hasruldani Bin Husain,
Guru bimbingan dan kaunseling sepenuhnya,
SMK Seri Nibong....
p/s: untuk medapatkan lebih banyak info yang lebih mendalam, silalah berkunjung ke bilik bimbingan dan kauseling SMK Seri Nibong atau anda boleh mendapatkan buku-buku yang berkaitan dan rujukkan di pusat sumber sekolah..... KATAKAN BOLEH DALAM PEPERIKSAAN !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan