Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Rabu, 6 Mac 2013

Don't study hard but study smart....

pepatah Inggeris itu sering kita dengari yang mengatakan kita harus bijak dalam belajar bukan belajar dengan keras. pada 06 Mac, suatu kursus telah diadakan  oleh pihak Kolej PTPTL dan MSU, bertempat di dewan utama sekolah. kursus pada hari tersebut dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pertama untuk tingkatan 1 dan 2 manakala sesi yang kedua untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. bengkel ini membincangkan mengenai cara-cara "smart learning" atau belajar secara bijak. Antara perkara utama yang dinyatakan adalah:

1. pengurusan masa belajar
2. tempat belajar adalah sesuai
3. belajar sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sehari.
4. 30 minit pembelajaran di rumah sebelum datang ke sekolah di waktu pagi manakala 1 jam
    diperuntukkan untuk belajar pada waktu petang 
5. kemahiran mencatat nota, kemahiran mendengar dan kemahiran visualisasi.
6. jangan menghafal sekiranya anda tidak faham tetapi memahaminya dahulu sebelum
    menghafal
7. belajar bukan untuk peperiksaan tetapi belajar untuk masa hadapan
8. fokus pada proses pembelajaran dalam bilik darjah dan aktif bertanya.
9. sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan sepanjang masa
10.setelah menelaah sesuatu topik, buat latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun
     lepas untuk menguji tahap pencapaian anda
11. belajar adalah berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu.



Selasa, 5 Mac 2013

Taniah kepada pasukan pantun sekolah...

Taniah diucapkan kepada pasukan pantun sekolah kerana telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasukan SMK Mutiara Impian pada pusingan awal dan menewaskan pasukan SMK Jawi pada pusingan suku akhir. Pesta Pantun Peringkat SPS menyaksikan SMK Seri Nibong selaku tuan rumah berlangsung pada 5&7 Mac. Pemantun sekolah akan meneruskan perjuangan mereka tersebut pada 7 Mac ini. pusat sumber sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda agar dapat mengharumkan nama sekolah....

Sabtu, 2 Mac 2013

Tertekan dengan ujian?

sedar tak sedar, kita telah melangkau ke bulan Mac, banyak aktiviti yang bakal dijalankan di SMK Seri Nibong bersempena minggu bahasa peringkat sekolah dan pesta pantun peringkat daerah SPS pada 4-9 mac ini. pusat sumber sekolah juga bakal dinilai pada 8 mac untuk pertandingan peringkat daerah. Namun tidak dilupakan oleh para pelajar iaitu ujian prestasi 1 yang bakal diadakan pada minggu berikutnya. sesetengah pelajar nampaknya mula membuat persediaan awal untuk menduduki ujian tetapi ada yang mula tertekan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan. takut-takut tidak sempat belajar.... Jangan risau sebab berikut adalah tip-tips persiapan  menghadapi peperiksaan:

1) sebelum peperiksaan (seminggu/ 3 hari) :

a. elakkan berfikiran karut 
b. berdoa selalu
c. fikir positif
d. pohon restu ibubapa
c. visualisasi hadapi peperiksaan (lakukan sekali sehari)

2) pagi peperiksaan

i. persiapan minda
a. visualisasi hadapi peperiksaan
b. solat subuh.
c. bertawakal/bertenang
d. elakkan berbual hal-hal negatif tetapi bualkan perkara yang positif dan meningkatkan    
    keyakinan diri
e. salam ibubapa

ii. persiapan diri
a. berpakaian kemas
b. makan makanan yang tidak berminyak
c. ulangkaji kertas hari berikut itu secara pantas (fast revision)
d. lupakan kertas yang telah selesai
e. lawat tandas

3. semasa peperiksaan

a. berdoa
b. visualisasi boleh menjawab (10 saat)
c. bila boleh menjawab dengan baik, lafazkan "alhamdulillah/bagus" dan jawablah soalan  
    yang berikutnya
d. bila tak boleh menjawab, katakan "insyaallah sekejap lagi aku ingat": serta berselawatlah 
   dan jawablah soalan yang berikutnya dahulu

tip-tips sumbangan,
Ust Hasruldani Bin Husain,
Guru bimbingan dan kaunseling sepenuhnya,
SMK Seri Nibong....

p/s: untuk medapatkan lebih banyak  info yang lebih mendalam, silalah berkunjung ke bilik bimbingan dan kauseling SMK Seri Nibong atau anda boleh mendapatkan buku-buku yang berkaitan dan rujukkan di pusat sumber sekolah..... KATAKAN BOLEH DALAM PEPERIKSAAN !!!