Selamat kembali ke sekolah, setelah lebih kurang sembilan hari kita bercuti. Namun bagi pelajar tingkatan tiga dan lima tiada lagi istilah cuti untuk anda. Cuti awal pertengahan tahun baru-baru ini, anda telah disajikan dengan kelas tambahan. Ini menunjukkan keprihatinan pihak sekolah kepada anda demi membantu anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti.
Namun kejayaan cemerlang bukan terletak di bahu pihak sekolah sahaja tanpa usaha dari diri anda sendiri. Oleh itu, kejayaan cemerlang mampu dicapai dengan usahasama semua pihak terutamanya dari dalam diri pelajar sendiri. Pelajar harus memotivasikan diri anda senantiasa agar anda sentiasa berusaha ke arah kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berlipat ganda. Pihak sekolah terutamanya guru-guru hanya berperanan sebagai pemangkin dan pendorong terhadap kejayaan anda semua. Guru-guru berusaha memberikan yang terbaik kepada anda, manakala ibu bapa pula sentiasa mengambil berat atas usaha anda.
Semoga anda, bakal calon PMR dan SPM tidak berputus asa berusaha demi mencipta kecemerlangan nanti. Usaha yang terbaik menjamin keputusan peperiksaan yang cemerlang dan gemilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan