Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sabtu, 16 Mei 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan program tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan membudayakan tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Bagi tahun 2015, pihak sekolah di seluruh Malaysia telah diarahkan untuk mengadakan KM1M pada 21 April hingga 23 April 2015.
     Justeru itu SMK Seri Nibong tidak ketinggalan untuk mengadakan KM1M 2015 di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah di rancang bagi memeriahkan lagi KM1M. Antara aktiviti yang telah dianjurkan ialah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Lakonan Cerita Rakyat, Pertandingan Rekacipta Rak, Pertandingan Explorace Jejak Maklumat.
       Selain itu, pelancaran Program Nilam Guru juga diadakan bagi menggalakkan guru-guru menyertai secara aktif Program Nilam. 10 minit membaca bersama pula diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April 2015.
 Hakim pertandingan bercerita terdiri daripada Pn. Ednah binti Abu Bakar, Cik Arba'ayah binti Kasim @ Musa dan Pn. Ch'ng Lee See.
 Peserta Pertandingan Bercerita sedang menyampaikan ceritanya.
 Para penonton yang sedang menyaksikan persembahan bercerita.





 Pertandingan Reka Cipta Rak Buku






 Peserta Explorace sedang berkumpul sebelum pertandingan bermula.