Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Ahad, 14 Julai 2013

TAHNIAH....




Tahniah diucapkan kepada Pasukan Puteri Islam di atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawat Kaki Zon Utara, Peringkat Kebangsaan 2013 yang berlangsung pada 6 Julai 2013 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam. Tidak lupa juga tahniah buat guru pembimbing iaitu Puan Rosnani Binti Salleh dan Puan Huzaimah Binti Wasoh @ Mohd Isa. Semoga Pasukan ini terus menempa kejayaan di masa akan datang. Kejayaan Anda Kebanggaan Kami Semua Warga SMK Seri Nibong.

Selasa, 9 Julai 2013

Kebaikan puasa untuk kesihatan.

Berpuasa di bulan Ramadan adalah antara rukun Islam yang ke lima. Ibadah ini telah disyariatkan oleh Allah swt pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah dengan turunnya firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-5 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman , puasa itu telah diwajibkan kepada umat-umat sebalum kamu agar kamu bertakwa". 2:183.

Kebaikan puasa dari sudut kesihatan:-


1. Memberi rehat pada sistem pencernaan dan penghadaman. Proses penghadaman dan pencernaan makanan bermula daripada mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil dan sebahagian usus besar.Proses dan organ-organ terlibat adalah sebuah kilang pemprosesan yang sangat unik, kompleks, sangat berkesan dan ampuh. Kilang ini perlu di servis jika ingin memastikan perjalanannya lancar. Itulah fungsi puasa di mana organ dan proses penghadaman dan pencernaan diberhentikan untuk sementara waktu supaya dapat di servis.


2. Ketika proses pencernaan berlaku, banyak pengaliran darah berlaku pada perut dan usus kecil. Keadaan ini menyebabkan otak menjadi malas untuk berfikir dan tubuh letih dan mengantuk kerana pengaliran darah yang agak kurang pada bahagian ini. Oleh itu jika seseorang makan hingga terlalu kenyang, selalunya akan berasa mengantuk dan malas untuk bergerak. Semasa berpuasa pengaliran darah ditumpukan kepada otak dan ini menyababkan otak dapat bekerja dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa berpuasa memberi kesan yang sangat baik terhadap tahap kecerdasan seseorang.


3. Puasa juga boleh mengawal pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kadar gula dan lipid (lemak) yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi dan obesiti. Kebanyakkan masalah yang dikenal pasti oleh dunia perubatan sekarang adalah brkait rapat dengan masalah di atas. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Puasa adalah pelindung". Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa.


4. Puasa boleh menghilangkan ketagihan merokok jika perokok mempunyai keinginan untuk berhenti.


5. Puasajuga memberi kesan yang sangat baik pada jiwa selain pada tubuh badan kita. Antara tujuan berpuasa ialah agar manusia menjadi orang yang bertaqwa. "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" Al-Hujurat: 13. Berkata Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah:" Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah".


6. Terdapat solat tarawih pada Ramadan. Kajian menujukkan bahawa solat tarawih ini boleh mengurangkan kadar gula dalam badan dengan berkesan seperti melakukan senaman. Menurut kajian Dr. Yusof Abbas, pegerakan dalam solat seperti mengangkat takbir, rukuk, sujud dan duduk memberi kesan yang sangat positif kepada kesihatan (buku Bio_Mekanik Solat.)

Dipetik dari : Majalah Jelita Julai 2013 (m.s.: 150)


Ahad, 23 Jun 2013

PERTANDINGAN MENULIS LAPORAN
SEMPENA HARI KELUARGA PSS 
DI LOST WORLD, TAMBUN, PERAK
22/06/2013

Terbuka kepada peserta Hari Keluarga PSS di Lost World, Tambun.

Sertai pertandingan sekarang !
Mudah saja, anda hanya perlu menulis sebuah laporan ringkas tidak lebih daripada 150 patah perkataan. Ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di sana.
Laporan beserta gambar merupakan suatu kelebihan.

Anda hanya perlu emailkan laporan anda ke alamat email seperti berikut : pusatsumberseri10@gmail.com sebelum 30 Jun ini.

Laporan terbaik akan dipaparkan di dalam blog PSS dan juga Halaman Facebook PSS.
Hadiah yang menarik juga akan menanti anda.

Peserta pertandingan juga akan menerima sijil penyertaan.

SERTAI SEKARANG, JANGAN LENGGAH LAGI !

Rabu, 19 Jun 2013

LAWATAN PENILAIAN PSS PERINGKAT KEBANGSAAN

Sempena Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada hari ini, platun kawad kaki Puteri Islam telah mempersembahkan kawad kaki yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.

Pasukan kompang sekolah telah mengalu-alukan kedatangan Pegawai-pegawai BTP dan panel penilai. 
Taklimat ringkas telah diberi kepada panel-panel penilai di bilik mensyuarat sekolah.

Jumaat, 14 Jun 2013

Sukan Tara SMK Seri Nibong -2013

Pada 15/6/2013 , SMK Seri Nibong telah mengadakan Sukan Tara sekolah.Semua ahli rumah sukan masing-masing diwajibkan untuk menlibatkan diri dalam semua acara yang diadakan.Sukan Tara pun telah tamat pada tengahari dengan keputusan tersebut.

Johan:Rumah Merah

Naib Johan:Rumah Biru

Tempat Ketiga:Rumah Hijau

Tempat Keempat:Rumah Kuning



Jumaat, 24 Mei 2013

Happy Holiday!




                              

Happy Holiday!Finally here come the mid-year holidays which students awaiting for.How do you spend your holiday time wisely?Don't use your time in unbenefit activities. Use your time in beneficial activities such as do exercises , reading , doing housework etc.

Persembahan Hari Guru 2013 SMK Seri Nibong