Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Selasa, 25 Oktober 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
KEPADA SEMUA WARGA SMKSN YANG BERAGAMA HINDU....SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI. SEMOGA ANDA BAHAGIA PADA HARI PERAYAAN INI.
Sabtu, 3 September 2011
Khamis, 11 Ogos 2011
SALAM RAMADHAN 2011
Sebelas hari ramadhan telah berlalu...maknanya dah sebelas hari umat Islam telah menunaikan kewajipan dengan mengerjakan ibadah puasa. Menariknya pada tahun ini kita meraikan bulan ramadan bersama bulan kemerdekaan serentak di bulan Ogos ini. Justeru, pihak pusat sumber sekolah kita juga tidak mahu ketinggalan dalam meraikan ihya ramadan dan penghayatan bulan kemerdekaan dengan menyediakan beberapa aktiviti menarik pada waktu rehat pertama iaitu pada jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi setiap minggu. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
- Pertandingan Melengkapkan Cogankata Kemerdekaan (telah berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2011)
- Pertandingan Merekacipta Kad Raya (telah berlangsung pada 10 & 11 Ogos 2011)
- Pertandingan Melengkapkan biodata tokoh (pada 18 & 19 Ogos 2011)
- Demonstrasi Menganyam ketupat (pada 24 & 25 Ogos 2011)
- Pameran KLCC & Khasiat Buah Kurma serta Nuzul Al-Quran
Khamis, 14 Julai 2011
BULAN MEMBACA
Raikanlah bulan Julai ini dengan aktiviti membaca. Membaca adalah budaya ilmu. Jadikan ianya amalan dalam kehidupan anda.....Selamat Membaca.
"Membaca Mencambah Minda"
"Membaca Mencambah Minda"
Isnin, 16 Mei 2011
SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU 2011....Tarikh 16 MEI merupakan tarikh keramat bagi insan yang bergelar guru pada setiap tahun...Guru penjana transformasi pendidikan Negara merupakan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SMK Seri Nibong. Jasamu wahai guru, amat disanjung. Ilmu yang dicurahkan tanpa jemu menjadi bekalan buat anak didikmu mengharungi onak dan duri dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan. Usahamu yang tidak pernah kenal erti jemu , demi mendidik anak-anak didik amat dihargai....Terima kasih guru...semoga guru sentiasa dalam kebahagiaan dan keberkatan....
Ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SMK Seri Nibong. Jasamu wahai guru, amat disanjung. Ilmu yang dicurahkan tanpa jemu menjadi bekalan buat anak didikmu mengharungi onak dan duri dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan. Usahamu yang tidak pernah kenal erti jemu , demi mendidik anak-anak didik amat dihargai....Terima kasih guru...semoga guru sentiasa dalam kebahagiaan dan keberkatan....
Rabu, 11 Mei 2011
KHIDMAT BANTU PSS ISO
Pusat Sumber SMK Seri Nibong mengucapkan terima kasih buat semua yang menjayakan
program khidmat bantu PSS ini.
Pelajar-pelajar turut sama membantu membuat fail tegak
Isnin, 25 April 2011
PELANCARAN NILAM & SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH
25 APRIL 2011
DEWAN UTAMA SMK SERI NIBONG
DEWAN UTAMA SMK SERI NIBONG
Langgan:
Catatan (Atom)