Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Jumaat, 24 Mei 2013
Khamis, 23 Mei 2013
Sambutan Hari Guru bertema : 1 Aspirasi,1 Agenda.
Sambutan Hari Guru SMK Seri Nibong 2013
Anugerah-anugerah yang diberi oleh guru-guru yang terpilih daripada undian.
Para guru masuk dewan diiringi oleh ketua dan penolong ketua pengawas dengan pasukan kompang.
Ketibalan para guru disambut dengan meriah.
Para guru dapat hadiah istimewa yang disediakan.
Kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG Prof.Dr.Manimaran amat dihargai.
Cikgu Ahmad sedang membacakan ucapan pembukaan acara oleh Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi , Tan Sri Dato' Haji Muhyidin Yassin.
Ucapan sedang diberi oleh Tuan Pengetua Pn.Manisah Binti Ahmad.
Ucapan sedang diberi oleh Naib Yang Dipertua PIBG Prof.Dr.Manimaran
Sambutan Hari Guru SMK Seri Nibong telah meneruskan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.Adanya yang bermain bola tampar , bola sepak , bola baling , batu seremban , congkak dan sebagainya juga dijalankan bersama-sama oleh guru dan pelajar-pelajar.
Gambar-gambar tersebut akan memuat naik sebentar lagi.
Isnin, 20 Mei 2013
Rabu, 15 Mei 2013
Pertandingan Bola Baling 2013
Pertandingan Bola Baling 2013 telah dilakukan di SMK Seri Nibong sebagai tuan rumah.
Pasukan 18TKB
Pasukan 15TKB
Pasukan 18TKB
Pasukan 15TKB
Isnin, 13 Mei 2013
DAH SEDIA DENGAN EXAM....?
Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai bersua menemui anda semua.....Sudahkah anda bersedia menghadapinya? Bersedia atau belum Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) tetap akan berlangsung. Justeru anda perlulah membuat persiapan rapi bagi menghadapinya, agar pencapaian yang anda perolehi nanti adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Khamis, 11 April 2013
Pertandingan Forum Remaja Peringkat S.P.S
Pada 11/6/2013 , Pertandingan akhir Forum Remaja Peringkat daerah S.P.S telah selamat diadakan. Pasukan Forum Remaja SMK Seri Nibong telah berjaya menjadi johan peringkat daerah SPS.
Ahli-ahli pasukan Forum Remaja kita terdiri daripada :
Pengerusi:Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi
Panel Pertama:Ain Syazwani bt Mohd Ibrahim
Panel Kedua:Nurul Halisah bt Amin Zulkifli
Panel Ketiga:Rasyidah bt Azizan
Panel simpanan:Muhd Khuzaimi b Aziz
Selain daripada itu , saudari Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi telah dipilih sebagai pengerusi terbaik.
pasukan dari SMK Seri Nibong
pasukan dari SMK Jawi
pasukan dari SMK Agama
pasukan dari SMK Syed Sheh Barakbah
Khamis, 4 April 2013
PENILAIAN PSS PERINGKAT NEGERI
Alhamdulillah, pusat sumber sekolah telah selamat dinilai oleh 6 orang pegawai daripada BTP Pulau Pinang untuk pencapaian peringkat negeri. penilai diketuai oleh penolong pengarah BTPN sendiri. PSS sekolah mendapat banyak pujian dan kritikan yang membina untuk kebaikkan masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada pengawas pss dan para pelajar lain yang sudi melibatkan diri membantu pss dalam menghadapi proses penilaian mahupun peringkat daerah serta negeri. dorongan anda amatlah dihargai sehingga tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Pss berharap agar sumbangan anda boleh diberikan secara berterusan. pada masa akan datang gambar proses penilaian akan di muat naik dalam masa terdekat..
Langgan:
Catatan (Atom)

