Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru bertema : 1 Aspirasi,1 Agenda.

Sambutan Hari Guru SMK Seri Nibong 2013






                      Anugerah-anugerah yang diberi oleh guru-guru yang terpilih daripada undian.



                                   







                        Para guru masuk dewan diiringi oleh ketua dan penolong ketua pengawas dengan pasukan kompang.



                                     Ketibalan para guru disambut dengan meriah.


                                  Para guru dapat hadiah istimewa yang disediakan.




                           



                                     


                         Kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG Prof.Dr.Manimaran amat dihargai.



                 Cikgu Ahmad sedang membacakan ucapan pembukaan acara oleh Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi , Tan Sri Dato' Haji Muhyidin Yassin.







                 Ucapan sedang diberi oleh Tuan Pengetua Pn.Manisah Binti Ahmad.



                  Ucapan sedang diberi oleh Naib Yang Dipertua PIBG Prof.Dr.Manimaran



             




                     Sambutan Hari Guru SMK Seri Nibong telah meneruskan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.Adanya yang bermain bola tampar , bola sepak , bola baling , batu seremban , congkak dan sebagainya juga dijalankan bersama-sama oleh guru dan pelajar-pelajar.
Gambar-gambar tersebut akan memuat naik sebentar lagi.

Rabu, 15 Mei 2013

Pertandingan Bola Baling 2013

            Pertandingan Bola Baling 2013 telah dilakukan di SMK Seri Nibong sebagai tuan rumah.


                                                   Pasukan 18TKB


                                                   Pasukan 15TKB


Isnin, 13 Mei 2013

DAH SEDIA DENGAN EXAM....?

Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai bersua menemui anda semua.....Sudahkah anda bersedia menghadapinya?   Bersedia atau belum Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) tetap akan berlangsung. Justeru anda perlulah membuat persiapan rapi bagi menghadapinya, agar pencapaian yang anda perolehi nanti adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Khamis, 11 April 2013

Pertandingan Forum Remaja Peringkat S.P.S


                                           

Pada  11/6/2013 , Pertandingan akhir Forum Remaja Peringkat daerah S.P.S telah selamat diadakan. Pasukan Forum Remaja SMK Seri Nibong telah berjaya menjadi johan peringkat daerah SPS.

Ahli-ahli pasukan Forum Remaja kita terdiri daripada :
Pengerusi:Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi
Panel Pertama:Ain Syazwani bt Mohd Ibrahim
Panel Kedua:Nurul Halisah bt Amin Zulkifli
Panel Ketiga:Rasyidah bt Azizan
Panel simpanan:Muhd Khuzaimi b Aziz

Selain daripada itu , saudari Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi telah dipilih sebagai pengerusi terbaik.







                                           
                                            pasukan dari SMK Seri Nibong

                                         
                                           pasukan dari SMK Jawi

                                                       
                                           pasukan dari SMK Agama

                                             
                                         pasukan dari SMK Syed Sheh Barakbah







Khamis, 4 April 2013

PENILAIAN PSS PERINGKAT NEGERI

Alhamdulillah, pusat sumber sekolah telah selamat dinilai oleh 6 orang pegawai daripada BTP Pulau Pinang untuk pencapaian peringkat negeri. penilai diketuai oleh penolong pengarah BTPN sendiri. PSS sekolah mendapat banyak pujian dan kritikan yang membina untuk kebaikkan masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada pengawas pss dan para pelajar lain yang sudi melibatkan diri membantu pss dalam menghadapi proses penilaian mahupun peringkat daerah serta negeri. dorongan anda amatlah dihargai sehingga tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Pss berharap agar sumbangan anda boleh diberikan secara berterusan. pada masa akan datang gambar proses penilaian akan di muat naik dalam masa terdekat..

Rabu, 6 Mac 2013

Don't study hard but study smart....

pepatah Inggeris itu sering kita dengari yang mengatakan kita harus bijak dalam belajar bukan belajar dengan keras. pada 06 Mac, suatu kursus telah diadakan  oleh pihak Kolej PTPTL dan MSU, bertempat di dewan utama sekolah. kursus pada hari tersebut dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pertama untuk tingkatan 1 dan 2 manakala sesi yang kedua untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. bengkel ini membincangkan mengenai cara-cara "smart learning" atau belajar secara bijak. Antara perkara utama yang dinyatakan adalah:

1. pengurusan masa belajar
2. tempat belajar adalah sesuai
3. belajar sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sehari.
4. 30 minit pembelajaran di rumah sebelum datang ke sekolah di waktu pagi manakala 1 jam
    diperuntukkan untuk belajar pada waktu petang 
5. kemahiran mencatat nota, kemahiran mendengar dan kemahiran visualisasi.
6. jangan menghafal sekiranya anda tidak faham tetapi memahaminya dahulu sebelum
    menghafal
7. belajar bukan untuk peperiksaan tetapi belajar untuk masa hadapan
8. fokus pada proses pembelajaran dalam bilik darjah dan aktif bertanya.
9. sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan sepanjang masa
10.setelah menelaah sesuatu topik, buat latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun
     lepas untuk menguji tahap pencapaian anda
11. belajar adalah berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu.