Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Isnin, 13 Mei 2013
DAH SEDIA DENGAN EXAM....?
Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai bersua menemui anda semua.....Sudahkah anda bersedia menghadapinya? Bersedia atau belum Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) tetap akan berlangsung. Justeru anda perlulah membuat persiapan rapi bagi menghadapinya, agar pencapaian yang anda perolehi nanti adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Khamis, 11 April 2013
Pertandingan Forum Remaja Peringkat S.P.S
Pada 11/6/2013 , Pertandingan akhir Forum Remaja Peringkat daerah S.P.S telah selamat diadakan. Pasukan Forum Remaja SMK Seri Nibong telah berjaya menjadi johan peringkat daerah SPS.
Ahli-ahli pasukan Forum Remaja kita terdiri daripada :
Pengerusi:Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi
Panel Pertama:Ain Syazwani bt Mohd Ibrahim
Panel Kedua:Nurul Halisah bt Amin Zulkifli
Panel Ketiga:Rasyidah bt Azizan
Panel simpanan:Muhd Khuzaimi b Aziz
Selain daripada itu , saudari Wan Nusaibah bt Wan Ab. Majid Fauzi telah dipilih sebagai pengerusi terbaik.
pasukan dari SMK Seri Nibong
pasukan dari SMK Jawi
pasukan dari SMK Agama
pasukan dari SMK Syed Sheh Barakbah
Khamis, 4 April 2013
PENILAIAN PSS PERINGKAT NEGERI
Alhamdulillah, pusat sumber sekolah telah selamat dinilai oleh 6 orang pegawai daripada BTP Pulau Pinang untuk pencapaian peringkat negeri. penilai diketuai oleh penolong pengarah BTPN sendiri. PSS sekolah mendapat banyak pujian dan kritikan yang membina untuk kebaikkan masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada pengawas pss dan para pelajar lain yang sudi melibatkan diri membantu pss dalam menghadapi proses penilaian mahupun peringkat daerah serta negeri. dorongan anda amatlah dihargai sehingga tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Pss berharap agar sumbangan anda boleh diberikan secara berterusan. pada masa akan datang gambar proses penilaian akan di muat naik dalam masa terdekat..
Rabu, 6 Mac 2013
Don't study hard but study smart....
pepatah Inggeris itu sering kita dengari yang mengatakan kita harus bijak dalam belajar bukan belajar dengan keras. pada 06 Mac, suatu kursus telah diadakan oleh pihak Kolej PTPTL dan MSU, bertempat di dewan utama sekolah. kursus pada hari tersebut dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pertama untuk tingkatan 1 dan 2 manakala sesi yang kedua untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. bengkel ini membincangkan mengenai cara-cara "smart learning" atau belajar secara bijak. Antara perkara utama yang dinyatakan adalah:
1. pengurusan masa belajar
2. tempat belajar adalah sesuai
3. belajar sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sehari.
4. 30 minit pembelajaran di rumah sebelum datang ke sekolah di waktu pagi manakala 1 jam
diperuntukkan untuk belajar pada waktu petang
5. kemahiran mencatat nota, kemahiran mendengar dan kemahiran visualisasi.
6. jangan menghafal sekiranya anda tidak faham tetapi memahaminya dahulu sebelum
menghafal
7. belajar bukan untuk peperiksaan tetapi belajar untuk masa hadapan
8. fokus pada proses pembelajaran dalam bilik darjah dan aktif bertanya.
9. sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan sepanjang masa
10.setelah menelaah sesuatu topik, buat latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun
lepas untuk menguji tahap pencapaian anda
11. belajar adalah berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu.

Selasa, 5 Mac 2013
Taniah kepada pasukan pantun sekolah...
Taniah diucapkan kepada pasukan pantun sekolah kerana telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasukan SMK Mutiara Impian pada pusingan awal dan menewaskan pasukan SMK Jawi pada pusingan suku akhir. Pesta Pantun Peringkat SPS menyaksikan SMK Seri Nibong selaku tuan rumah berlangsung pada 5&7 Mac. Pemantun sekolah akan meneruskan perjuangan mereka tersebut pada 7 Mac ini. pusat sumber sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda agar dapat mengharumkan nama sekolah....
Sabtu, 2 Mac 2013
Tertekan dengan ujian?
sedar tak sedar, kita telah melangkau ke bulan Mac, banyak aktiviti yang bakal dijalankan di SMK Seri Nibong bersempena minggu bahasa peringkat sekolah dan pesta pantun peringkat daerah SPS pada 4-9 mac ini. pusat sumber sekolah juga bakal dinilai pada 8 mac untuk pertandingan peringkat daerah. Namun tidak dilupakan oleh para pelajar iaitu ujian prestasi 1 yang bakal diadakan pada minggu berikutnya. sesetengah pelajar nampaknya mula membuat persediaan awal untuk menduduki ujian tetapi ada yang mula tertekan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan. takut-takut tidak sempat belajar.... Jangan risau sebab berikut adalah tip-tips persiapan menghadapi peperiksaan:
1) sebelum peperiksaan (seminggu/ 3 hari) :
a. elakkan berfikiran karut
b. berdoa selalu
c. fikir positif
d. pohon restu ibubapa
c. visualisasi hadapi peperiksaan (lakukan sekali sehari)
2) pagi peperiksaan
i. persiapan minda
a. visualisasi hadapi peperiksaan
b. solat subuh.
c. bertawakal/bertenang
d. elakkan berbual hal-hal negatif tetapi bualkan perkara yang positif dan meningkatkan
keyakinan diri
e. salam ibubapa
ii. persiapan diri
a. berpakaian kemas
b. makan makanan yang tidak berminyak
c. ulangkaji kertas hari berikut itu secara pantas (fast revision)
d. lupakan kertas yang telah selesai
e. lawat tandas
3. semasa peperiksaan
a. berdoa
b. visualisasi boleh menjawab (10 saat)
c. bila boleh menjawab dengan baik, lafazkan "alhamdulillah/bagus" dan jawablah soalan
yang berikutnya
d. bila tak boleh menjawab, katakan "insyaallah sekejap lagi aku ingat": serta berselawatlah
dan jawablah soalan yang berikutnya dahulu
tip-tips sumbangan,
Ust Hasruldani Bin Husain,
Guru bimbingan dan kaunseling sepenuhnya,
SMK Seri Nibong....
p/s: untuk medapatkan lebih banyak info yang lebih mendalam, silalah berkunjung ke bilik bimbingan dan kauseling SMK Seri Nibong atau anda boleh mendapatkan buku-buku yang berkaitan dan rujukkan di pusat sumber sekolah..... KATAKAN BOLEH DALAM PEPERIKSAAN !!!

Isnin, 25 Februari 2013
PESTA ANG POW PSS 2013
Warga SMK Seri Nibong dijemput untuk beramai-ramai ke pusat sumber sekolah untuk bersama-sama menjayakan program "Jom Pi PSS". Bersempena sambutan tahun baru cina 2013, pusat sumber menawarkan tawaran yang cukup menarik kepada peminjam buku di pss, anda berpeluang untuk menarik satu ang pow daripada bekas yang disediakan. Sekiranya anda berjaya, hadiah yang menarik akan diberikan, manakala yang tidak berjaya anda akan menerima sagu hati. Tawaran ini terbuka kepada semua warga SMK Seri Nibong bermula 18 Februari sehingga 1 Mac (2 minggu). Kepada pelajar yang berjaya, anda boleh menuntut hadiah tersebut di PSS pada 1 Mac 2013.
Langgan:
Catatan (Atom)