Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Khamis, 14 Julai 2011

BULAN MEMBACA

Raikanlah bulan Julai ini dengan aktiviti membaca. Membaca adalah budaya ilmu. Jadikan ianya amalan dalam kehidupan anda.....Selamat Membaca.

"Membaca Mencambah Minda"

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 2011....Tarikh 16 MEI merupakan tarikh keramat bagi insan yang bergelar guru pada setiap tahun...Guru penjana transformasi pendidikan Negara merupakan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.
   Ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SMK Seri Nibong. Jasamu wahai guru, amat disanjung. Ilmu yang dicurahkan tanpa jemu menjadi bekalan buat anak didikmu mengharungi onak dan duri dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan. Usahamu yang tidak pernah kenal erti jemu , demi mendidik anak-anak didik amat dihargai....Terima kasih guru...semoga  guru sentiasa dalam kebahagiaan dan keberkatan....

Rabu, 11 Mei 2011

KHIDMAT BANTU PSS ISO

Pusat Sumber SMK Seri Nibong mengucapkan terima kasih buat semua yang menjayakan
program khidmat bantu PSS ini.


Pelajar-pelajar turut sama membantu membuat fail tegak


Sabtu, 23 April 2011

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

23 APRIL 2011


SEJAK TAHUN 1996, PENUBUHAN PENDIDIKAN SAINS DAN KEBUDAYAAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNESCO) TELAH MENETAPKAN TARIKH 23 APRIL SEBAGAI SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA.
         MAJLIS BUKU KEBANGSAAN  MALAYSIA (MBKM)  TURUT MENYARANKAN AGAR HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA DISAMBUT DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENGEMBANGKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH.

Jumaat, 22 April 2011

21 April 2011 (Khamis)

    Berakhirnya program Bengkel Khidmat Bantu PSS ISO anjuran BTPN Pulau Pinang pada 21 April 2011 setelah empat hari berkampung di Pusat Sumber SMK Seri Nibong bermula pada hari Isnin bersamaan 19 April 2011.
     Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bengkel khidmat bantu yang telah diadakan. Program ini amat bermanfaat buat seluruh warga SMK Seri Nibong , amnya para pelajar. Banyak perubahan fizikal dan menaiktaraf sudut-sudut di PSS yang mampu memberi sumber maklumat kepada para pelajar.
     Semoga warga SMK Seri Nibong memanfaatkan kemudahan yang disediakan serta mengekalkan keceriaan PSS sepanjang masa. Marilah kita sama-sama berusaha memartabatkan PSS SMK Seri Nibong ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

Isnin, 18 April 2011

KHIDMAT BANTU ISO PSS

PSS SMK Seri Nibong berpeluang dan berbangga menerima bengkel Khidmat Bantu ISO PSS anjuran BTPN Pulau Pinang. Semoga program ini mampu mempertingkatkan penggunaan dan perkhidmatan PSS masa kini dan masa akan datang.

Tarikh : 18 April hingga 21 April 2011
Hari : Isnin hingga Khamis
Tempat : Pusat Sumber SMKSN