Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Isnin, 18 April 2011

KeCeRiaAn LuArAn PsS


Terima kasih kepada guru-guru praktikal USM  (cikgu shahida, cikgu wan azrin, cikgu norlina, cikgu nurhasnini dan cikgu hafiza) yang telah berjaya menyiapkan mural PSS. Cantik dan menarik. Semoga cikgu-cikgu akan terus berjaya di masa akan datang.

Rabu, 23 Mac 2011

SPM 2010

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA CALON-CALON SPM 2010 SMK SERI NIBONG DI ATAS KEJAYAAN CEMERLANG ANDA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2010.

Jumaat, 18 Mac 2011

Selamat Kembali ke Sekolah....

Selamat kembali ke sekolah, setelah lebih kurang sembilan hari kita bercuti. Namun bagi pelajar tingkatan tiga dan lima tiada lagi istilah cuti untuk anda. Cuti awal pertengahan tahun baru-baru ini, anda telah disajikan dengan kelas tambahan. Ini menunjukkan keprihatinan pihak sekolah kepada anda demi membantu anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti.

         Namun kejayaan cemerlang bukan terletak di bahu pihak sekolah sahaja tanpa usaha dari diri anda sendiri. Oleh itu, kejayaan cemerlang mampu dicapai dengan usahasama semua pihak terutamanya dari dalam diri pelajar sendiri. Pelajar harus memotivasikan diri anda senantiasa agar anda sentiasa berusaha ke arah kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berlipat ganda. Pihak sekolah terutamanya guru-guru hanya berperanan sebagai pemangkin dan pendorong terhadap kejayaan anda semua. Guru-guru berusaha memberikan yang terbaik kepada anda, manakala ibu bapa pula sentiasa mengambil berat atas usaha anda.

         Semoga anda, bakal calon PMR dan SPM tidak berputus asa berusaha demi mencipta kecemerlangan nanti. Usaha yang terbaik menjamin keputusan peperiksaan yang cemerlang dan gemilang.

Jumaat, 4 Februari 2011

BUKU-BUKU BARU DI PSS 2011

SENARAI BUKU-BUKU TERBITAN INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA








1. AN INTRODUCTION TO MEDERN MALAYSIAN LITERATURE



2. A MOTHER'S TEARS



3. TWILIGHT TIME (SENJA KALA)



4. JIWA HAMBA/ENSLAVED SOULS



5. SCATTERED BONES



6. THE PRAU WITH THE SILENT SOUL



7. SANGEETHA'S DUET



8. BAIT SENANDUNG MALAM



9. BURIAL URN (BAGATON)



10. CHASSEURS DE TETES (NGAYAU:BAHASA PERANCIS)



11. THE HEADHUNTERS (NGAYAU: BAHASA INGGERIS)



12. INTO THE LIGHT



13. LA JUNGLE DE L'ESPOIR (RIMBA HARAPAN: BAHASA PERANCIS)



14. LE MEKONG (PERANCIS)



15. MEKONG RIVER (SUNGAI MEKONG)



16. BRAVING THE WAVES (MEREDAH ONAK)



17. SONG OF THE PELICAN (NYANYIAN UNDAN)







BUKU-BUKU BERTEMA SAINS DAN MATEMATIK TERBITAN INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA







1. URANIUM LANTANIDA DAN AKTINIDA



2. NATRIUM DAN LOGAM ALKALI



3. PERUBATAN : SEL TUNJANG, GEN DAN SUPER ALUR



4. ADAKAH MATAHARI AKAN PADAM? BUMI, MATAHARI DAN BULAN



5. ASAS TENAGA : TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI



6. JIRIM BAHAN : LOGAM



7. JIRIM BAHAN : ASID DAN BES



8. JIRIM BAHAN : CAMPURAN , SEBATIAN & LARUTAN



9. AHLI ASTRONOMI



10. KITAR SEMULA, KURANGKAN, GUNA SEMULA, FIKIR SEMULA : KELULI



11. KITAR SEMULA, KURANGKAN, GUNA SEMULA, FIKIR SEMULA : PLASTIK



12. SIRI FOKUS SAINS : SISTEM SURIA



13. SIRI FOKUS SAINS : CUACA



14. BAHAN BAKAR MASA DEPAN : TENAGA SURIA



15. MESIN MANUSIA : OTAK & SISTEM SARAF



16. HUTAN TERPENCIL



17. ANALISIS INI! MEMAHAMI INKUIRI SAINTIFIK



18. SEJARAH SAINS YANG PELIK : KEANEHAN FIZIK



19. SIRI ASAS SAINS FIZIK : SISTEM SURIA DAN ALAM SEMESTA



20. SIRI ASAS SAINS KIMIA : PERUBAHAN GEOLOGI



21. SIRI ASAS SAINS BIOLOGI : SEL DAN PROSES HIDUP



22. SIRI ASAS SAINS BIOLOGI : MAKANAN, DARAH DAN TULANG




Dapatkan buku-buku terkini untuk dipinjam atau membuat rujukan.....




1. Ulasan Komsas Tingkatan 1 (Sasbadi)



2. Ulasan Komsas Antologi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1(Setia Emas)



3. Ulasan Komsas Novel Hikmah Tingkatan 1 (Setia Emas)



4. Ulasan Komsas Novel Azfa Hanani (Setia Emas)



5. Ulasan Komsas Harga Remaja Tingkatan 4 (Setia Emas)



6. Literature Component PMR (East view)



7. Antologi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1 (Oxfort Fajar)



8. Antologi Harga Remaja Tingkatan 4 (East View)



9. Siri Eksplorasi Komsas PMR (SAP Publication)



10. Black Beauty (Cerdik)



11. Poems, Short Stories & Drama Tingkatan 4 & 5 (SAP Publications)



12. Literature 1-3 (Penerbit Ilmu Bakti)



13. Masterpiece Literature Form 4 & 5 (Eastview)



14. Guru Sebagai Fasilitator



15. Tip-tip Efektif Pimpinan dan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja



16. Travelog Cinta Abadi



17. Cerita Betul Facebook



18. Great Work, Great Career



19. Di Sebalik Tabir Youtube



20. Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah



21. Rahsia Bisnes Google



22. Interlock



23. A Ray of Light among The Leaves



24. Saga



25. Legacy



26. Mendung Hari Esok



27. Gadis Oren



28. Bonds



29. The Lotus Blooms in the Pond



30. Dari Jendela Zaman Ini







.......dan banyak lagi yang tak tersenarai di atas.



.
SELAMAT TAHUN BARU CINA
2011

Selasa, 25 Januari 2011

WAJAH PSS 2011








SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....Semoga kita sihat sejahtera hendaknya. Selamat Tahun Baru 2011. Semoga di tahun baru ini kita lebih berusaha ke arah mencapai kejayaan. Kejayaan dalam semua bidang....akademik, kokurikulum dan nilai murni.
    Jadikan budaya membaca sebagai amalan, kerana membaca mampu membentuk diri yang berdisplin, berakhlak mulia, dan berpengetahuan luas. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kosa kata seseorang dalam berbahasa.
    Tingkatkan pembacaan anda pada tahun ini. Rebutlah anugerah Nilam tahap jauhari dan rakan pembaca. Datanglah beramai-ramai berkunjung ke pusat sumber dan membuat pinjaman. Pinjaman buku akan bermula mulai Februari ini. Selamat datang ke Pusat Sumber Sekolah.