Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Isnin, 21 April 2014

JOM BACA BERSAMA

Salam Sejahtera,

Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April saban tahun, 
pada tahun ini Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT seluruh Malaysia akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi.

      Justeru itu, marilah kita bersama-sama menjayakan Program yang bermanfaat ini, agar minat membaca akan terus sebati dalam diri kita.

      Program ini akan berlangsung di SMK Seri Nibong, serentak di seluruh Malaysia pada 22 April 2014 pada jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi. Para pelajar akan diberi taklimat mulai jam 9.45 pagi melalui PA Sistem sekolah dan bersedia dengan bahan bacaan masing-masing. Tepat jam 10.00 pagi program akan bermula dan berakhir pada jam 10.10 pagi.

        Di harapkan kita semua mampu menjayakan program ini sebaik mungkin.