Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Ahad, 4 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI

Bulan Ramadhan 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Semoga kita tidak mensia-siakan Ramadhan kali ini. Pihak sekolah juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seiring dengan bulan yang lebih kita kenali sebagai bulan beribadah. 
       Setiap awal pagi kita dihidangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui sistem PA sekolah. Waktu rehat pula dipenuhi dengan aktiviti bertadarus Al-Quran. Guru-guru juga mengambil bahagian dalam aktiviti bertadarus ini. Tidak ketinggalan juga, solat du'ha dijalankan pada waktu mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, "Remaja Raikan Ramadhan" pula merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan kepada pelajar-pelajar asrama.
       Ifftar Jama'i bersama warga emas, guru-guru dan juga pelajar asrama telah berlangsung pada 1 Ogos 2013. Manakala majlis penutupan Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 2 Ogos 2013 seiring dengan Majlis Khatam Quran dan Majlis Bersalaman Aidil Fitri. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



 Pegawai PPD Seberang Perai Selatan yang turut hadir Majlis Berbuka Puasa


 Warga emas yang turut hadir dalam Majlis Ifftar Jama'i


 Pelajar asrama menerima duit raya
 Majlis Khatam Al-Quran

 Persembahan Sketsa Raya & Lagu Raya
 Persembahan nyanyian 'I am For You' daripada pelajar Pendidikan Moral
 Door gift dari pihak sekolah untu semua pelajar
 Pemenang menerima hadiah dari pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Takbir Raya, Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya,dan banyak lagi.
 Para pelajar bersalaman dengan tuan pengetua dan guru-guru.