Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Ahad, 23 Jun 2013

PERTANDINGAN MENULIS LAPORAN
SEMPENA HARI KELUARGA PSS 
DI LOST WORLD, TAMBUN, PERAK
22/06/2013

Terbuka kepada peserta Hari Keluarga PSS di Lost World, Tambun.

Sertai pertandingan sekarang !
Mudah saja, anda hanya perlu menulis sebuah laporan ringkas tidak lebih daripada 150 patah perkataan. Ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di sana.
Laporan beserta gambar merupakan suatu kelebihan.

Anda hanya perlu emailkan laporan anda ke alamat email seperti berikut : pusatsumberseri10@gmail.com sebelum 30 Jun ini.

Laporan terbaik akan dipaparkan di dalam blog PSS dan juga Halaman Facebook PSS.
Hadiah yang menarik juga akan menanti anda.

Peserta pertandingan juga akan menerima sijil penyertaan.

SERTAI SEKARANG, JANGAN LENGGAH LAGI !

Rabu, 19 Jun 2013

LAWATAN PENILAIAN PSS PERINGKAT KEBANGSAAN

Sempena Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada hari ini, platun kawad kaki Puteri Islam telah mempersembahkan kawad kaki yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.

Pasukan kompang sekolah telah mengalu-alukan kedatangan Pegawai-pegawai BTP dan panel penilai. 
Taklimat ringkas telah diberi kepada panel-panel penilai di bilik mensyuarat sekolah.

Jumaat, 14 Jun 2013

Sukan Tara SMK Seri Nibong -2013

Pada 15/6/2013 , SMK Seri Nibong telah mengadakan Sukan Tara sekolah.Semua ahli rumah sukan masing-masing diwajibkan untuk menlibatkan diri dalam semua acara yang diadakan.Sukan Tara pun telah tamat pada tengahari dengan keputusan tersebut.

Johan:Rumah Merah

Naib Johan:Rumah Biru

Tempat Ketiga:Rumah Hijau

Tempat Keempat:Rumah Kuning