Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Khamis, 11 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN 2011

     Sebelas hari ramadhan telah berlalu...maknanya dah sebelas hari umat Islam telah menunaikan kewajipan dengan mengerjakan ibadah puasa. Menariknya pada tahun ini kita meraikan bulan ramadan bersama bulan kemerdekaan serentak di bulan Ogos ini. Justeru, pihak pusat sumber sekolah kita juga tidak mahu ketinggalan dalam meraikan ihya ramadan dan penghayatan bulan kemerdekaan dengan menyediakan beberapa aktiviti menarik pada waktu rehat pertama iaitu pada jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi setiap minggu. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

  • Pertandingan Melengkapkan Cogankata Kemerdekaan (telah berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2011)
  • Pertandingan Merekacipta Kad Raya (telah berlangsung pada 10 & 11 Ogos 2011) 
  • Pertandingan Melengkapkan biodata tokoh (pada 18 & 19 Ogos 2011)
  • Demonstrasi Menganyam ketupat (pada 24 & 25 Ogos 2011)
  • Pameran KLCC & Khasiat Buah Kurma serta Nuzul Al-Quran
Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber. Pihak pengurusan Pusat Sumber juga amat terharu dengan sambutan kunjungan para pelajar ke perpustakaan sepanjang bulan Ogos ini yang amat memberansangkan.......semoga ia dapat diteruskan di bulan-bulan yang akan datang.