Selamat Datang ke blog PSS SMK Seri Nibong, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Selasa, 25 Januari 2011

WAJAH PSS 2011








SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....Semoga kita sihat sejahtera hendaknya. Selamat Tahun Baru 2011. Semoga di tahun baru ini kita lebih berusaha ke arah mencapai kejayaan. Kejayaan dalam semua bidang....akademik, kokurikulum dan nilai murni.
    Jadikan budaya membaca sebagai amalan, kerana membaca mampu membentuk diri yang berdisplin, berakhlak mulia, dan berpengetahuan luas. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kosa kata seseorang dalam berbahasa.
    Tingkatkan pembacaan anda pada tahun ini. Rebutlah anugerah Nilam tahap jauhari dan rakan pembaca. Datanglah beramai-ramai berkunjung ke pusat sumber dan membuat pinjaman. Pinjaman buku akan bermula mulai Februari ini. Selamat datang ke Pusat Sumber Sekolah.